Monday, November 14, 2005

Online Biz Tips: Strategi Mudah Tetapi Berkesan

tulisan apectJR, http://www.ehoza.com/index.php?name=News&topic=4

Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan

Setiap perniagaan merangka rancangan pemasaran mempromosikan produk dan servis mereka. Anda juga harus memperkenalkan perniagaan anda. Mengapa ianya perlu ? Kebanyakkan usahawan merasakan bahawa dengan iklan sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan perniagaan mereka mendapat pelanggan yang ramai. Walaubagaimanapun ini tidak mencukupi.


Berikut adalah strategi yang mudah tetapi berkesan di dalam mengatur perancangan promosi perniagaan anda ;

1. Perkenalkan diri anda, perniagaan anda dan produk/servis anda kepada pelanggan baru anda dan susuli dengan panggilan telefon.

2. Galakkan lebih banyak jualan melalui pelanggan sediada.

3. Ikuti apakah jenis promosi yang dilakukan oleh pesaing anda.

4. Luaskan jualan anda ke kawasan yang lebih luas.

5. Sentiasa berhubung dengan para pelanggan dan bekas pelanggan.


Bagaimanakah Anda Mempromosikan Perniagaan Anda?

Terdapat empat cara untuk mempromosikan perniagaan anda ;
pengiklanan, promosi jualan , publisiti dan perhubungan awam .

Dua cara yang pertama tersebut dirangka untuk mempengaruhi jualan secara langsung, dua cara yang kemudiannya adalah untuk meningkatkan imej perniagaan atau individu tersebut.

Pengiklanan
..Yellow Pages
..Pengiriman Brosur Ke Rumah
..Pengiklanan di dalam penerbitan kelab/persatuan
..Brosur, papan notis dan risalah-risalah
..Pengiklanan Secara "online" dan halaman web

Promosi Jualan
..Diskaun Jualan dan tawaran berpakej, kupon
..Cenderahati seperti pen , kalender dan sebagainya.
..Acara pelancaran, rumah terbuka

Perhubungan awam dan Publisiti
..Menghantar kad perayaan , harijadi atau acara-acara khas
..Berucap di seminar, kelas dan memberi khidmat nasihat.
..Sidang akhbar, artikel dan temuramah.

No comments:

Feedback


 

Blogger Template by Adam Every | Use it. But don't abuse it.