Friday, November 11, 2005

Notis Pemberitahuan

Tawaran kepada pengiklan di iklanpopular.

Pihak admin iklanpopular telah mendapati terdapat beberapa bisnes yang diiklankan di iklanpopular, boleh membawa manfaat kepada orang ramai dan dirasakan patut diketengahkan sebagai iklan terpilih supaya mendapat perhatian sewajarnya.

Sehubungan dengan itu, pihak iklanpopular akan mengkaji bisnes yang diiklankan dan menilai sejauh mana bisnes itu boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Setakat ini pihak admin telah tertarik dengan 3 bisnes yang diiklankan. dalam masa terdekat, iklanpopular telah merancang untuk membuka ruang baru iaitu ruang "5 iklan terpilih".

Seperti tajuknya, 5 iklan yang mengiklankan bisnes yang pada hemat iklanpopular sebagai sangat bermanfaat kepada orang lain akan dipilih setiap bulan.

Pemilik iklan terpilih akan dihubungi secara email melalui email rasmi admin iaitu matkim98@yahoo.com, untuk meminta kebenaran untuk iklan miliknya diletakkan di ruang "5 iklan terpilih".

Penyenaraian 5 iklan terpilih ini adalah PERCUMA selama sebulan. Kemudian, bulan seterusnya akan ada iklan lain terpilih dan 5 iklan sebelumnya akan dikeluarkan dari senarai.

SEMUA IKLAN TERPILIH akan diletak di ruang terpilih secara PERCUMA selama sebulan, atau sehingga pengiklan meminta iklannya dikeluarkan lebih awal. ruang 5 iklan terpilih akan diletakkan di laman utama iklanpopular.

Untuk memastikan bahawa pengiklan yang iklannya terpilih boleh dipercayai dan boleh dihubungi, pihak iklanpopular akan bertindak menminta maklumat sah pengiklan tersebut . Namun begitu maklumat peribadi pengiklan akan dirahsiakan dan akan digunakan sebagai rujukan pihak iklanpopular semata2.

Setakat ini, iklanpopular telah melihat 3 iklan berpotensi untuk disenaraikan di ruang 5 iklan terpilih. 2 lagi iklan diperlukan. ruang iklan terpilih akan diwujudkan sebaik sahaja pihak iklanpopular berjaya mengenalpasti 5 iklan terpilih dan setelah selesai meminta kebenaran mereka, ruang 5 iklan terpilih akan dibuka lengkap dengan 5 iklan terpilih pertama.

Kepada para pengiklan, teruskan mengiklankan di iklanpopular. sekiranya projek 5 iklan terpilih ini berjaya direalisasikan, pihak iklan popular akan menimbangkan untuk membuka ruang2 baru dari semasa ke semasa sebagai contohnya ruang 5 iklan paling kreatif, 5 iklan paling popular, 5 iklan unik dan macam2 lagi kategori yang akan difikirkan nanti.

Selalulah melawat laman iklanpopular dan kalau boleh silalah bookmark (ctrl + D) laman iklanpopular.

Akhir sekali, semoga anda mengecapi kejayaan di dalam apa jua bidang bisnes yang anda ceburi.


p.s. mereka yang terpilih dan telah disenaraikan selama sebulan di ruang 5 iklan terpilih, akan diletakkan kedalam satu page khas yang bertajuk "arkib iklan penerima anugerah iklan terpilih". iklan mereka ini akan diletakkan selama mana laman web iklanpopular wujud. iklan yang masih aktif akan diletakkan tanda masih aktif dan iklan yang telah tidak aktif, akan ditandakan iklan tamat tempoh. kesemua iklan yang diletakkan di arkib akan disimpan menjadi hak iklanpopular sebagai kenang-kenangan atau rujukan membuat iklan berkesan kepada generasi akan datang. Pengiklan akan diberi kredit penghargaan sewajarnya(nama pengirim asal akan diletak di sebelah iklan beliau.)

No comments:

Feedback


 

Blogger Template by Adam Every | Use it. But don't abuse it.